BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Sunday, April 24, 2011

Bicara aku, kamu.

Ku tak mahu banyak bicara,
Kerana bimbang akan berdusta,
Bukan niatku untuk berpura,
Tapi hatiku terlalu derita.

Ku tak mahu banyak bicara,
Kerana selalu disalah sangka,
Sedang hati mahu bercerita,
Berkongsi rasa selagi bersama.

Ku tak mahu banyak bicara,
Bukan sengaja ku memendam rasa,
Namun ku tak mahu ke titik mula,
Bimbang aduan ku jadi cereka.

Ku tak mahu banyak bicara,
Namun ku mahu kamu ada,
Walau kau diam seribu bahasa,
Ku doa kamu faham segala.

Ku tak mahu banyak bicara,
Tapi jiwaku sesak berbahasa,
Hanya satu ku rasa utama,
Aku perlu kamu, selamanya....

0 comments:

my heartbeat :)