BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Thursday, February 24, 2011

Ahli Keluarga

Setiap org pasti ade ahli keluarga. (ok, permulaan ayat ni mcm karangan saya masa darjah 3 dolu2)
Saya pun ada. Awak pun mesti ada. Tak kira, awak panggil 'anak-beranak' ke, 'sanak-saudara' ke, 'ipar-duai' ke, 'sepupu-sepapat' ke, semua itu ahli keluarga melainkan 'sahabat-handai'.

* Maafkan saya tak menepati janji sebab mula berbelog pada hari ini sedangkan sepatutnya saya bercadang utk berbelog scr konsisten bermula 11/2 lalu.

Ahli keluarga.... Kita tak boleh pilih ahli keluarga. Wujud sahaja di dunia, pasti kita menjadi ahli keluarga kepas seseorang dan kita sendiri mempunyai ahli keluarga. Mereka juga tak boleh pilih kita. Nak yang bijak, yang cantik, yang kaya, semuanya tak mampu kita tentukan. Mereka juga tak tentukan yang kita perlu ade 'certain criteria' yang mereka mahu. Oh, itu sungguh demanding ye!

Ok, apa saya nak kongsi hari ini, ahli kelurga itu sebenarnya individu2 yang unik. Kita boleh memilih rakan, tapi dengan rakan la kita mudah bergaduh. Pelik bukan? Kita sendiri pilih, dan pada suatu mase, kita sendiri yang membenci. Ahli keluarga pula, salah faham perkara biasa. Sama seperti rakan. Tapi bila tiba hari raya, pasti bermaaf-maafan. Rakan? oh, belum tentu. Jika tiket ke neraka mahu ditempah awl, sudah tentu 3 hari tidak bertegur sapa dengan rakan menjadi hobi.

Memandangkan tajuk kita hari ini ialah keluarga, saya ingin perincikan beberapa perkara tentang pentingnya hubungan dengan keluarga. Mungkin, saya sendiri tidak mempunyai keluarga yang serba lengkap, bahagia dan sempurna seperti cerita2 filem. Tapi saya rasa, penting untuk kita bersyukur kerana bila tiba di alam dunia, sudah tertulis siapa mereka2 yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Oh, kalau manusia itu juga insan yang jatuh dari langit secara individu pada kebarangkalian 0.5, pasti hidup tidak begitu bermakna spt skrg.

Bagi mereka yg telah kehilangan ahli keluarga, mgkin kini baru kamu sedar, ahli keluarga itu terutama ibu atau bapa, sangat lah hampir dengan kamu. Cuma kamu kurang merasainya ketika mereka masih ada. Mungkin mereka tidak seperti kekasih hati yg 24/7 ber'SMS' dgn kamu, tp hati kamu, dalam darah kamu, ada mereka. Walau kini mereka tiada, anggaplah mereka sedang tunggu kamu di sana. Ustaz saya dulu selalu pesan, "Jgn terlalu meratapi pemergian yang tersayang. Allah kan ada... Pasti Dia telah tentukan yang terbaik untuk kita. Anggap saja mereka sedang menebas rumput untuk tempat tinggal kita nanti. Redhakan saja pemergian mereka."

Kepada kamu yang sedang membaca, kamu ialah ahli keluarga bagi individu lain dan sebaliknya. Tiada siapa berkesempatan memilih ahli keluarga mereka. Kadang2 ada berlaku, ahli keluarga menyakiti hati kita. Tapi anggaplah, dia dihantar untuk meguji kesabaran kita. Walau apa pun terjadi, mereka sbahagian dari kita. Wlau mereka tak menghargai kita sperti kita menghargai mereka, tak mengapa.Hidup di dunia hanya sekali.Nikmati mereka seadanya. Wlau mereka panas baran, andaikan saja mereka ditakdirkan dalam hidup kita supaya kita gunakan segala kesabaran yg ada dlm hati kita, kita gunakan segala kekuatan emosi dalam minda kita dan kita asah iman kita supaya lebih bercahaya.

Saya bukan terlalu baik. Saya juga mudah terasa. Sensitive. Kadang-kala ada 'swinging-mood'. Tapi, saya menulis entry ini, supaya jika suatu hari saya tersasar dari erti hidup yang saya cari, dan transisi hati yang sy ingini, saya perlu cepat2 baca entry ini. Semoga kamu, tabah, sabar dan redha dengan segala apa yang Dia tentukan untuk kamu. Ahli keluarga kamu ada dalam diri kamu. Mereka sebahagian dari kamu. Kamu tak boleh memilih, begitu juga kamu. Mereka tidak selesa dgn kamu, mungkin juga kamu begitu. Tapi ia adalah hadiah dari Allah swt. Hargai mereka sbg pemberian istimewa. Mungkin ia tak kelihatan istimewa, tp kehadiran mereka tentu membawa makna tertentu.

my heartbeat :)