BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Saturday, December 4, 2010

Pernah dengar QQ?

Beberapa minggu lalu, sewaktu kuliah, pernah pensyarah saya bincangkan tentang IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Intelligence Quotient). Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan tentang IQ dan EQ. HAbis jugalah 10-15minit waktu kuliah yang sepatutnya digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. :)

Tiba2, pada hari yang sama, saya ke perpustakaan untuk mencari sedikit 'hiburan'. Bukan 'online' atau sekadar membaca akhbar, tapi sudah menjadi kebiasaan untuk saya, terutamanya pada hari Rabu untuk mencari santapan minta di perpustakaan memandangkan Rabu ialah hari terakhir kuliah pada setiap minggu untuk semester ini. Sebenarnya, saya tidak gemar menonton filem kerana tidak pandai memuat turun filem mahupun drama bersiri. Mengikuti perkembangan lagu pun tidak. Hanya mendengar lagu berdasarkan saranan rakan-rakan. Jadi membaca boleh dikatakan satu-satunya hiburan untuk saya. Tapi jarang pula saya memberitahu perkara ini pada rakan-rakan kerana bimbang, timbul riak pada sesetengah perkara. Tapi saya akui, membaca bahan akademik bukanlah minat saya. Selalu saja saya mentelaah di saat akhir. Tak elok tu, tapi buat juga. :(

Ok, berbalik kepada cerita saya di perpustakaan, saya terjumpa sebuah buku tentang QQ. Quranic Quotient. Oh, sememangnya ia menarik perhatian saya! Tidak pernah terlitas di fikiran saya tentang QQ. Jika pernah, pasti saya yang jadi penulisnya bukan? ;D

Pelbagai perkara yang diutarakan dalam buku tersebut sesuai dengan tajuk buku tersebut - Membentuk Kecerdasan Daripada Quran. Dikarang oleh Muhammad D. Sensa.
Alhamdulillah, Allah wujudkan mereka-mereka yang berbakat, intelektual dan kreatif dalam mewujudkan percambahan ilmu yang ada. Paling tidak pun, kalau bukan kita menjadi mereka yang tepilih itu, kita dapat manfaat darinya pun cukup lah, dari tak dapat apa-apa langsung. Eh, silap, tiada niat mengata siapa-siapa sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. :)

Menariknya QQ ni, saya pikir IQ dan EQ itu dah hebat sangat, tp jika kita betul2 mampu ukur QQ mcm jawab IQ dan EQ test, mmg hebat. Harap ada siapa2 yang berbakat nak cipta quiz begitu di FB atau medium2 lain dari biarkan saja budak2 kecil darjah 2,3 main game dalam FB lalu jawab test pun bg jawapan mcm dlm quiz FB. Alamak, panjang pula ayat ni. Tapi ini mmg benar. Kadang2 hakikat itu menyakitkan. :|

Buku ni berkisarkan bagaimana kita boleh menjana kecerdasan minda, akal dan fikiran dengan adanya kebijaksanaan tentang agama Allah swt iaitu Islam. Antara frasa-frasa menarik dalam buku ini ialah;

- Dugaan berbentuk kebaikan ataupun ‘manis’, mengakibatkan manusia keliru apa yang sebenarnya sedang berlaku. Dugaan berbentuk keburukan ataupun pahit, lebih cepat difahami siapa kita dan siapa Allah


- Paling menarik dan perlu disyukuri, apabila Allah menawarkan aksi yang progresif untuk berdialog.

- Akal bukan lah benda yang perlu disimpan tetapi adalah alat yang perlu diaktifkan, tinggi nilainya dan sentiasa digunakan selama kehidupan berlangsung.

- Orang2 yang memiliki keutamaan adalah mereka yang member bantuan kepada orang lain, member maaf dan berlapang dada.
- Quran adalah rahmat dari Allah yang luar biasa, hati mampu menerimanya.

Mengapa kita belajar?

Bila saya sedar yang lebih dari separuh usia saya dikisarkan dalam proses pembelajaran, saya akur bahawa saya hanya perlu fokus belajar. Perkara-perkara lain yang mungkin menganggu gugat prestasi saya perlu saya buang jauh-jauh. Sering mereka yang lebih berusia beritahu, " Belajar lah elok-elok. Zaman belajar ni paling best. Tak payah nak pikir ape-ape. Belajar je. Kalau kerja, hari-hari buat kerja yang sama. Belum masuk masalah kerja lagi."
Kadang-kadang tu fikir betul juge. Macam seronok pulak ye zaman belajar. Tapi tak adalah sampai tak payah fikir apa-apa. Fikir nak test, quiz, hantar report, proposal, presentation dan macam-macam! Ni macam dah tipu saya ni.....Mana ada tak fikir apa-apa.

Maka saya yang tak senang duduk ni, mencari jawapan yang lebih ideal untuk persoalan tentang hidup seorang pelajar.... Bermulalah pengembaraan saya dalam dunia yang sedang saya lalui bahkan telah lama saya lalui dan insyaAllah, secara formalnya akan berakhir pada pertengahan 2012 meskipun proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat.
Saya tinjau, saya lihat... Alhamdulillah, daya penglihatan saya masih berfungsi dengan baik meskipun saya mula menggunakan alat bantuan (kaca mata) semenjak usia 6 tahun. Benar, walau kita diberi sedikit ilmu, tapi ilmu yang sudah tidak terhitung untuk setiap manusia mencakupi kesemua ruang ilmu yang ada kini. Tidak hairan lah, sebijak mana manusia itu, masih ada perkara yang tidak diketahuinya. Betul?
Salah kah jika saya katakan, kita takkan melakukansesuatu perkara sepenuh hati jika tidak mengetahui tujuan dan objektif perkara tersebut. Jika tahu, InsyaAllah kita akan lebih bersemangat melakukannya. Tapi kadang kala, yang malangnya, tahu tujuan dan kepentingan tetapi tetap tidak bermotivasi. Itu sudah tergolong dalam masalah hati sebenarnya. Tapi tidak mengapa. Kita tingalkan dulu persoalan tersebut. Yang penting, kita perlu tahu dan faham apa tujuan kita melakukan sesuatu perkara bagi menginjak kematangan kita ke suatu tahap yang lebih bernilai, InsyaAllah! Itu saja indikator yang kita ada buat masa ini bagi membezakan tindakan kita dan kanak-kanak. Mereka hanya bertindak mengikut kata hati tanpa perlu memikirkan sebab dan alasan. Oh, tiba-tiba saya teringat anak-anak saudara saya seramai 5 orang yang kesemuanya lelaki. :)

Mengapa kita perlu belajar?
Bila saja saya ajukan soalan ini kepada teman rapat saya di Universiti, dia antara point penting yang diungkapkan oleh teman saya itu,
- supaya kita hidup senang di masa akan datang.
- supaya kita dapat pekerjaan yang stabil.
- mudah untuk kita membalas jasa ibu bapa.
- supaya cita-cita dan impian kita untuk berjaya tercapai.
Lalu saya lontarkan soalan yang sama kepada mana2 teman seperjuangan yang kebetulan berada di situ pada hari kejadian secara rawak. Dan jawapan masih lagi berkisarkan point2 yang sama.


Senang kah kita dengan hanya ilmu?
Berkerjayakah kita dengan hanya akademik?
Terbalaskah jasa ibu bapa dengan pendidikan kita?
Tanpa ilmu, cita2 tak tercapai kah?


maka hati saya terus dan terus berhujah berkisarkan persoalan2 di atas.....

- Ilmu tanpa keberkatan tak guna juga. Bukan berkat ilmu sahaja, tp berkat dalam hidup. Ramai je lagi yg berilmu tggi tapi buat perkara tidak wajar. Rasuah, maksiat, mencuri, bertindak zalim dan lain2....
- Ramai je peniaga2, petani2 moden menjadi seorang yg berjaya dan berkerjaya. Tidak cukup dgn itu, siap jadi popular lagi! Itu tak termasuk penyanyi yg cuma berkelulusan lepasan SPM dpt jd Datuk dan sbgnya. (maaf, tidak niat menyindir, hny katakan hakikat)
- Uih! Kadang2, yg berilmu tu, bukan saja tak balas jasa ibu bapa, hutang PTPTN pun buat tak tau! Ibu bapa di kampung, jgn harap la, batang idung pun tak nmpk!
- Ha...ni over ni. Bila pulak ilmu jd tuhan? Kan segalanya dengan izinNya. (ni tiada kena mengena dengan teori konspirasi tau :P )

tapi pada saya, hanya 1 ayat yg berjaya menjawab segala persoalan ini...

firman Allah Ta’ala,
“ Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.“
(Adz Dzariyat :56)

Bukankah belajar itu ibadah? Tidak kira lah, apa ilmu yang dituntut (ilmu hitam, ilmu syirik ape semua tak masuk naa....) pasti mendapat ganjaran pahala. Ilmu agama,tak payah cakap lah!

Bayangkan, tanpa ilmu, tiada lah istilah belajar. Jika begitu, mana mungkin kita boleh beribadah kepadanya secara maksima? Hanya mengharapkan ibadah khusus, pasti ada waktu2 yangmgekang kita dari terus beribadah. Tapi, dengan adanya istilah 'belajar', ia boleh dikategorikan sebagai ibadah umum yg membolehkan kita beribadah pada bila2 masa dan dimana jua!
MasyaAllah... indah sungguh takdir Allah swt. Dia berikan apa yg kita perlu.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
(QS al-Baqarah,2:216)

Kepada pelajar2 (terutamanya saya) yg masih belajar, ibu2 yg cuma suri rumah, bapa2 yg bekerja mencari rezeki, atau sape2 saja diluar sana, tidak salah jika kita niatkan perbuatan kita ikhlas untuk belajar kerana Allah. Hidup ini, hampir seluruhnya berkisar tentang belajar. Bagi yg bekerja, jgn ingt anda tidak beribadah. Kerja juga ibadah, cari rezeki halal dan sebagainya (insyaAllah akan menyusul hal ini dalam topik lain). Kalau ibu2, boleh la tonton TV sambil tgk rancangan memasak, niat nak belajar, nak bagi suami dan anak2 makan sedap2. Kalau pelajar, nak keluar rumah, ingat niat nak pergi belajar.Jgn keluar menonong saje. Macam keluar shopping mall atau Mydin. :P


Otak dan akal itu Allah swt bg pinjam pada kita. Ruginya kita tak guna dengan baik. Kalau org pinjam barang kita, kita pulang dengan keadaan tak elok, tentu kita marah. Kalau pulang dengan keadaan asal, tentu kita lega. Tapi kalau pulang dengan keadaan lebih baik, sudah pasti kita gembira.

Akhir kata, renung2 kan lah! :D

"Jika sekiranya engkau mampu, maka jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah seorang penuntut ilmu. Bila engkau tidak mampu untuk menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka (ulama dan penuntut ilmu). Dan jika engkau tidak mencintai mereka, maka janganlah engkau membenci akan mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Wednesday, October 13, 2010

Meminang si Teruna

Macam biasa, sebelum tidur memang saya akan mencari bahan bacaan bergantung pada aktiviti keesokan harinya. Kalau dah esok test/quiz mestilah lecture notes yang menjadi mangsa walaupun selama ini hanya terperuk di bawah meja study tanda saya seorang yang amat amat malas nak mentelaah. Please, jangan tiru aksi baik ini.
Memandangkan esok khamis (hari entry ini ditulis tapi masih keliru bila nak publish) dan ertinya tiada kuliah esok tetapi ada meeting assignment seperti khamis-khamis terdahulu yang saya lalui, saya pun kembali membaca buku ala-ala motivasi+dakwah sikit+logik banyak+huraian elemen agama yang owesome! Sebenarnya, buku itu perlu dihantar pada 4 Oktober, itupun dah renew pinjaman, tapi masih sayaaaaaang nak hantar.Maka saya baca berulang-ulang kali sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi;
"To read a book for the first time is to make an acquaintance with a new friend; to read it for a second time is to meet an old one."

Maaf lah tak translate sebab saya yakin, baca ni semua faham bahasa mudah macam ni, kan, kan?
Tapi berkenaan kenapa susah sangat nak pulang buku, bukan lah saya tak nak pulang ataupun tak takut mati lalu tak sempat memulangkan buku pinjaman tersebut ataupun sahaja nak menyusahkan waris-waris yang saya tinggalkan di dunia supaya saya mereka bersusah-susah di dunia dan akhirnya bersenang-senang di akhirat walaupun saya sendiri tak pasti saya senang ke tidak di sana....bukan, bukan....Tapi saya selalu je terkenang-kenang kata-kata pak arab ni;
He who lends a book is an idiot.  He who returns the book is more of an idiot.
Tak mau lah jadi idiot! :P

Ok, berbalik kepada tajuk saya tadi, sedang saya khusyuk mengkhatamkan buku tersebut buat ke berapa kali entah sedangkan al-Quran pun saya tak kerap khatam macam bace buku genre begini, saya tiba-tiba terjumpa satu bahagian best dan penting untuk dara-dara di luar sana, yeah! Ikuti direct C&P dari buku tersebut meskipun saya berjanji akan letak citation dan menaip sendiri ayat-ayat dibawah kerana buku tersebut bukanlah buku maya tapi buku library yang dah agak uzur maka saya tak berniat nak mengguntingnya dan tampal pada screen laptop saya. :)

p/s : ini berbualan antara penulis dan isterinya. panjang, 4 muka surat, tapi saya ambil bahagian-bahagian tertentu yang saya rase menarik (kalau korang tak rase ape-ape, jgn la marah k). harap penulis ni halalkan dunia akhirat. korang kalau nak baca penuh, beli la buku ni ye. (erk, sempat promote!)

"Banyak lagi perkara malah wajib dimalukan tetapi wanita kita dah tak malu lagi. Sepatutnya wanita kita malu berpeleseran, malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan aksi tak bermoral tu.... Malukah Siti Khadijah ketika melamar Rasulullah saw?
"Betul kata abang, susahnya sebab luar biasa...."
"Perkara yang biasa asalnya pun luar biasa juga. Kena dilakukan dengan niat membaiki keadaan. Yang timba cari perigi boleh diteruskan, yang perigi cari timba kena mulakan!"
"Apa halangannya?"
"Halangan ilmu. Halangan budaya. Halangan dalam - syaitan dan hawa nafsu."
"Jadi kita perlu sampaikan ilmu. Kemudian berani merentas hawa budayalah ya?"
"Bermula denagn melawan syaitan dan hawa nafsu. Syaitan ingin menyempitkan jalan kebaikan dengan mneluaskan jalan kejahatan. Nafsu pula menghasut kepada yang buruk dengan menserabutkan yang baik."
"Tapi tidak ke lelaki rasa hebat sangat, perempuan yang melamar dia? Macam low class sangat perempuan ni. Macam takut sangat jadi andalusia..."
"Tinggi atau rendah martabat diukur pada nilaian Allah, bukan rasa-rasa kita. Tidak hina mengikut syariat-Nya. Bila meminang lelaki itu diharuskan, maka itu pastinya tidak akan merendahkan martabat wanita. Dan kita kene yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki adalah keran melanggar syariat."
"Jadi nantinya lelakilah yang letakkan hantaran, belanja hangusnya?"
"Itu tidak termasuk dalam prinsip Islam. Yang wajib hanya maskawin. Itu tetap dari lelaki untuk wanita. Yang wajib akad nikah... Walimah, kenduri-kendara itu sunat sahaja. Jadi pandai-pandailah berunding, bila lelaki dan terima lamaran wanita."

Mungkin kamu rasa, sebab saya yang menulis ni wanita, mentelah lagi pelajar, makanya apa yang saya fikir ini amat mentah dan sangat lah tidak logik untuk dilaksanakan. Sejujurnya dari hati saya, saya tidak kisah jika mahu mempraktikkan cara tersebut asalkan ada yang sudi. Jika perlu, sekarang pun boleh. Tapi malangnya, jika adapun yang sudi, mesti keluarga pihak lelaki pula terasa janggal. Jika tidak pun, saudara mara pihak perempuan atau lelaki pula yang memberi komentar panjang, sampai mungkin disebut-sebut hingga anak cucu. Oh, tak baik saya memberi tanggapan negatif, perlu 'Husnul Zaan'.... tapi, itulah realiti.

Apapun, saya serahkan semuanya pada qada' dan qadar yang Maha Kuasa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Walaupun, kadang-kala saya kecewa dengan mentaliti persekitaran yang kada kala mengikat lalu membuatkan remaja seperti saya terjerat dengan hasutan syaitan akibat goyahnya iman, tapi kesalahan tetap dilemparkan pada yang 'tersalah' bukan siapa yang dahulunya bersalah meletakkan hukum Allah pada akal logik sendiri dan adat yang disepakati.
Wallhualam....







"Qada' laksana lautan yang dalam,
maka jangan menyelaminya.
Dan jalan yang gelap,
maka jangan kau tempuhinya.
Rahsia Allah swt terlalu samar buatmu.
Maka jangan kau cuba-cuba menguaknya."
-Saidina Ali RA-





sumber :  
1. Pahrol Mohd Juoi, Tentang cinta: Jika tepat masa, ketika, keadaan, siapa, cinta adalh kuasa luar biasa yang tiada bandinganya, 2006:106-109
2. The Quote Garden, http://www.quotegarden.com/books.html 

Thursday, October 7, 2010

Kita hanyalah hamba.

" Dirikan lah amalan bukan untuk mendapatkan fadhilat,
tetapi sebagai tanda syukur kita kepada Allah swt
di atas nikmat-nikmatNya yang terlalu banyak,
kerana fadhilat itu ialah untuk diri kita sendiri
tetapi rasa syukur itu ialah untuk Allah swt semata-mata.
Moga-moga dengan itu,
kita benar-benar dapat merasakan diri kita ini hamba.
Sesungguhnya keredhaan Allah swt itu ialah
untuk hamba-hambaNya,
bukan sekadar makhluk ciptaanNya"



sumber : sebuah buku yang tak pasti judul mahupun penerbitnya.maaf :(


Alhamdulillah,
semua yang ada kini adalah milik Allah. Hatta diri kita sendiri juga milik Allah seperti firmaNya,


Tetapi adakah kita sedar semua ini adalah nikmatNya khas untuk kita? Kadang-kala kita lalai. Saya akui, saya hanya manusia biasa, belum pun menginjak usia 21 tahun, masih mentah. Kerana goyahnya iman, sesekali saya lupa bersyukur. Tidak sedar bahawa setiap nafas yang saya hela itu berpaksikan atas nikmat-nikmat kurnia Allah swt. Banyak nikmat Allah ini.... Tubuh badan yang sihat, akal yang waras dan deria-deria (penglihatan, pendengaran, rasa dan lain-lain) semua adalah antara nikmat yang dikurniakan Allah tanpa mengira latar belakang. Bayangkan, jika hanya satu dari semua nikmat ini ditarik Allah...... Nauzubillah.

Sesungguhnya, janji Allah itu benar.
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi."
(An-Nahl :18)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak
dustakan(wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahman :13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,48,51,
53,
55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian Yang tidak akan habis-habis"
(Shad:54)



Bersyukurlah, hanya untuk nikmat-nikmat yang telah pun Dia kurniakan.
Betapa besarnya nikmat ini, hanya diketahui jika kita kehilangannya.


Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Wednesday, October 6, 2010

Muqaddimah

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Setelah berbulan-bulan lamanya saya memikirkan untuk mewujudkan blog ini, akhirnya, dengan izin Allah swt, Tuhan sekalian alam dan dengan bantuan rahmatnya yang tidak terhitung, saya berjaya menghasilkan blog ini.

Transisi Hati - nama ini hanya spontan direka memandangkan nama-nama yang selama ini dicadangkan telah diguna pakai oleh pemilik blog lain. Transisi secara mudah boleh diterjemahkan sebagai peralihan dari suatu keadaan. Maka lahirlah Transisi Hati yang insyaAllah akan memaparkan secara langsung paradigma yang mungkin boleh mengubah hati para pembaca dengan izin Nya.

Di sini, saya akan berkongsi pelbagai perkara tentang hidup sebagai hamba Nya. Mengabungkan akal logik dan agama yakni Islam,diharap segala catatan saya akan dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga pembaca sekalian jika perlu.

Diharap, segala apa yang bakal, sedang mahupun telah dikongsi tidak akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak kerana saya sekadar menasihati diri sendiri dalam mencari keredhaan Allah swt sebagai seorang hamba Nya yang tercari-cari entiti diri sebagai cerminan hati.

Wallahualam.





sumber gambar : google, http://s492.photobucket.com/albums/rr284/mafiano4041/?action=view&current=Al_Jalalah_hati.gif&newest=1

my heartbeat :)