BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Sunday, April 24, 2011

Bicara aku, kamu.

Ku tak mahu banyak bicara,
Kerana bimbang akan berdusta,
Bukan niatku untuk berpura,
Tapi hatiku terlalu derita.

Ku tak mahu banyak bicara,
Kerana selalu disalah sangka,
Sedang hati mahu bercerita,
Berkongsi rasa selagi bersama.

Ku tak mahu banyak bicara,
Bukan sengaja ku memendam rasa,
Namun ku tak mahu ke titik mula,
Bimbang aduan ku jadi cereka.

Ku tak mahu banyak bicara,
Namun ku mahu kamu ada,
Walau kau diam seribu bahasa,
Ku doa kamu faham segala.

Ku tak mahu banyak bicara,
Tapi jiwaku sesak berbahasa,
Hanya satu ku rasa utama,
Aku perlu kamu, selamanya....

Saturday, April 16, 2011

Organisasi Diri

Kehidupan manusia umpama sebuah organisasi.
Jika pengarahnya nafsu maka runtuhlah akhlak.
Jika pengurusnya hati maka rosaklah diri.
Jika penasihatnya syaitan maka sesatlah iman.

tapi,
Jika pengarahnya iman maka indahlah ibadah,
Jika pengurusnya akal maka cantiklah peribadi.
Jika penasihatnya tauhid maka tenanglah hati.

Wahai iman, akal dan tauhid...
bekerjalah sebaik mugkin.
Jangan sampai organisasi ini mati sebelum masa.





*musim peperiksaan. mslh emosi melanda lg.

Saturday, April 2, 2011

Jatuh cinta.

banyak je post yang duduk dalam draft, tp tak tau knp, malas nak publish. tak edit pun lagi. terbiar kaku gitu je. dalam bz duk mghadapi beberape test ni, hati ni asyik nak berpuisi je. wah, bunga2 betul! :P
so, nak share la puisi pertama kat sini,hahahaha! tak penah karang puisi, tp idea tetibe je mencurah2. pendek je, tp sendiri puas hati. *oh, ayak tak beragak cam poyo jeh!*
ok, harap kalian suka :D

Hari2 ku jatuh cinta,
Pada sayangMu yang
luar biasa.
Hari2 ku jatuh
cinta,
Pada kasihMu yang amat sempurna 
Setiap masa ku pinta bahagia,
Tapi
derita yang datang melanda.
Namun ku yakin Kamu
ada,
 Mendidik ku sepanjang masa,
Agar ku
sabar,tingkatkan taqwa.
Kerna bahagia itu
sejahtera,
Kugagahkan hati moga
berjaya.

my heartbeat :)