BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Thursday, March 3, 2011

Kita semua WAKIL......

ok baiklah rakan2..... pertama sekali saya nak warning ye, ini bukan entry pilihanraya mahupun parti politik. Sabar2..... Jgn emo. :P
Hari ini saya nak cakap pasal istilah wakil dan hubungkaitnya dengan kehidupan seharian. Dah lama terfikir hal ini, tapi kekangan masa selalu ada. Oh, mungkin kurang barakoh maka sebab itu masa kelihatan sgt lah cemburunya dengan saya! oh,oh!

Nak tanya ni, anda pernah dapat cabutan bertuah tak? Atau pernah dapat durian runtuh?Erm, seingat saya, saya tak pernah. Kalau ada pun, mungkin sekali je kot. Mesti seronok kan? Apa perasaan ye kalau dapat? Saya selalu tertanya2 soalan mcm ni walau pun dah dewasa, ade je soalan mcm ni mencucuk2 dalam benak dan hati saya...
Kepada siapakah yang bertuah hadiah yang lumayan tu?
Macam mane orang tu boleh bertuah ye?
Kalau tu rezeki dia, mesti dia ade kekurangan kat tempat lain....Yelah, Allah kan Maha Adil,dia bagi rezeki dalam pelbagai bentuk.
Mungkin orang itu lebih memerlukan...Tapi, biasa yang menang, orang yang dah memang kaya!
Kalau bukan rezeki kita, mesti ade rezeki lain Allah bagi kita,tapi apekah ia?

dan....
banyak banyak banyakkkkkk lagi!

baiklah, saya telah menonjolkan kejahilan saya. tapi saya perlu cari jawapan saya segera agar nilai tauhid saya tak berubah dan fahaman saya lebih baik,bukan? harap anda pun begitu....

Berbalik kepada soalan wakil tu,
sebenarnya, tahukan anda (ni ayat mcm estidotmy je nih bhgian tahukah anda? *wahahahha*)
kita semua adalah wakil bagi setiap insan lain. mengapa?
Sebab Allah swt bg kita rezeki yang banyak. Setiap orang diberiNya rezeki dengan sangat adil. Yang berbeza cuma kesyukuran kita terhadap rezeki tersebut. Lagi pula, kita manusia, berbeza akal dan hati, maka nilaian kita untuk setiap rezeki sudah tentu berbeza. Begitu juga keperluan kita untuk setiap rezeki pun berbeza. Mungkin sesetengah manusia lihat, wang ringgit dan makan pakai tu lah rezeki utama. Tapi tak pula dia kaya. Sebabnya, bukan itu yang dia benar2 perlu. Seperti kisah Mat Jenin... Mungkin dia tidak perlu rumah besar dan harta bertimbun yang dia idamkan. Dia cuma perlu akal yang bijak dan kederat untuk berusaha supaya tak lah dia selalu berangan2 tanpa usaha. Nampak tak apa yang saya cuba terangkan??

Bukan itu saja, rezeki ini pula perlu diangihkan. Sebab itu kita semua wakil yang mewakili orang lain. Jangan tunggu kita jadi wakil rakyat yang sememangnya mewakili orang lain untuk kepentingan bersama,tapi, secara fitrah telah lama kita dilantik Allah swt menjadi wakil. Jika ibu bapa kita tidak dikurniakan rezeki berbentuk pangkat, harta mahupun wang ringgit, susah tentu kita pun terasa kesannya. Bagi ibu bapa yang bijak pandai, dan itu pun dikira rezeki, perlu lah mereka menzahirkan 'rezeki' itu pada anak2. Dan begitulah sebaliknya.... Jika anak2 pula yang dapat bonus atau kenaikan pangkat, tak salah berkongsi dengan keluarga.

Haa....bukan keluarga saja tau! jangan lupa, rukun Islam ke-4. :)
Menunaikan zakat. Kalau bukan kerana rezeki yang melimpah ruah, sudah tentu kita jadi penerima zakat, bukan mereka2 yang memberi zakat. Nampak tak, secara tak langsung, kita berkongsi rezeki yang diberikan Allah swt. Tapi ingat, kalau hari ini kita memberi, belum tentu esok kita masih memberi. Boleh jadi kita pula yang menerima. Jadi, jgn takut untuk memberi. Semua yang kita ada, hanya pinjaman dari Allah. Allah tak takut pun untuk memberi kita. Kenapa kita perlu takut memberi kepada yang lain?

Awak, kalau orang pinjam barang awak, kemudian dia gunakan untuk kebaikan dan kemudian memulangkannya dengan berganda2, awk suka tak?
Macam tu juga kita, Allah bg, kita guna baik2, ikut syarat yang ditetapkan, kemudian pulangkan (kembalikan pada jalan agama, bukan pulang scr fizikal mcm dengan member2 tu ye. harap faham) dengan jumlah yg berlipat ganda, mesti lah itu yang terbaik! :D

Berbalik kepada persoalan saya, ok, mari saya jawab 1 per 1;
1. Kepada siapakah yang bertuah hadiah yang lumayan tu?
Tentulah Allah swt lebih mengetahui. Tapi kepada mereka yang dapat tu, beringat2 untuk agihkan. Sebab itu bukan untuk awk seorang tapi untuk semua perkara yg berkait dengan awak.

2. Macam mane orang tu boleh bertuah ye?
Itu rezeki dia, Allah swt bg. Mungkin dia memerlukan lebih dari org lain. Atau mungkin itu ujian untuk dia supaya dia mampu menjana pahala dengan ujian yang diberi. Jgn menjana dosa sudahlah.... *haaa, takut tak, takut tak??*

3. Kalau tu rezeki dia, mesti dia ade kekurangan kat tempat lain....Yelah, Allah kan Maha Adil,dia bagi rezeki dalam pelbagai bentuk.
Yep! Allah swt maha adil.... Mcm kat atas td. Bila diberi durian runtuh, itu juga berkemungkinan menjadi ujiana besar kat dia. Kat situ lah kurangnya. Mungkin, bila ditimpa ujian dia ok2 je. Tapi kita ni, bila diuji dgn wang ringgit, terus kelabu mata. Simpan terus kat ASB. Langsung jd aji Bakhil. Zakat tak mau kuar, sedekah lagilah jauh. Nak kongsi ngn keluarga jgn harap! Ha...kita kan tak tau apa yang terbaik utk diri kita dan ape mungkin kita jadi bila sesuatu berlaku. Sbb tu Allah swt bg dia. Dia dah mmg layak....

4. Mungkin orang itu lebih memerlukan...Tapi, biasa yang menang, orang yang dah memang kaya!
Ha, ini mmg selalu lah berlaku. Nak tau sebab ape? Logiknya, bila orang kaya, harta dunia menyebabkan lambatnya hisab di akhirat. Dalam sirah pun ada btau ni. Sbb tu, kalau kaya dah makin kaya, harta2 tu semua perlu lebih banyak lg ke jalan Allah swt supaya ia membantu di akhirat kelak. Kalau dpt kat yang kurang mampu, mungkin akan teruja dan terus lupa dunia akhirat. mungkin lah kan... Lagipun, bila dah susah dunia, ade senangnye di akhirat. sebab tu dia susah sikit kat dunia sbb Allah nak bagi the very best kat akhirat. Sbb tu lah yang susah2 ni kadang susah nak dapat durian runtuh.

5. Kalau bukan rezeki kita, mesti ade rezeki lain Allah bagi kita,tapi apekah ia?
Ya Allah..... Ini memang lah. Kadang kita terlepas pandang. Bukan kita lah, saya, saya! Allah dah bagi banyak sangat dah....Jangan tunggu die ambil balik baru nak sedar. Anggota yang cukup lengkap. Akal fikiran yang baik. Ahli keluarga. Ketenangan hati. 5 deria. Mcm2! Hatta kefahaman dalam menimba ilmu pun dikira rezeki tahu! *kefahaman sbg rezeki akan saya tulis 1 entry khas akan dtg, insyaAllah*.

Maka terjawablah sekarang semua persoalan dalam hati kecil saya ni.
Saya cuma berkongsi.
Menulis di sini supaya suatu masa nanti, saya boleh membaca tulisan saya sendiri jika saya tidak seperti kini.
Semoga esok dan hari seterusnya, lebih baik untuk kita.Amin~

my heartbeat :)