BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Wednesday, September 21, 2011

mahu untuk apa?

Alangkah indahnya jika saya mampu mendidik hati, segalanya  LILLAHITA'ALA.
Tapi saya sedar, ia bukan sekadar lisan dibibir, atau lafaz di hati.
Perlu semat erat-erat, dalam-dalam. Tanpa sedar sentiasa berniat kerana Allah swt.

Dalam usia begini, saya sering meragui ketulusan diri sendiri. Melihat rakan-rakan sebaya menginjak ke satu fasa kehidupan yang lebih serius, saya tergamam. Saya melihat diri yang masih belum ke arah yang lebih stabil. Masih belajar. Masih mengharapkan wang saku dari pinjaman. Paling penting, masih tidak cukup matang barangkali.

Tapi rakan-rakan lain juga mungkin begitu. Mengapa progress hidup mereka lebih baik? Saya akui, persoalan itu umpama taburan debu dengkin yang ada dalam hati. Maaf, tiada niat mendengki. Bukan iri hati. Tapi.....mungkin naluri keinginan yang dalam buat saya bertanya begitu pada diri. Maafkan saya.

Sebenranya, segelintir dari rakan-rakan seusia mahupunt tidak seusia saya telah mendirikan rumah tangga. Melihat kebahagiaan mereka, secara halal, saya sangat teruja. Kagum, Allah takdirkan fitrah, kemudian menjadikan fitrah itu satu hubungan halal melalui proses-proses tertentu dan bukan saj a itu, menjadikan ia ibadah bagi mereka yang tahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin selain memenuhi tujuan penciptaan manusia yang paling utama - beribadah kepada Allah swt.

Benar, dalam bahtera perkahwinan, bukan semua indah-indah saja. Ada yang berani mengakui, bercinta lebih indah dari zaman berkahwin. Di sini, kita lihat, secara realistik tentang alam perkahwinan. Keluarga, keluarga mentua, pasangan, anak-anak, sumber kewangan dan lain-lain, semua ini adalah perkara-perkara yang paling mungkin mendatangkan duguaan pasangan yang berumah tangga. Kadang-kala, sekecil-kecil perkara pun boleh meruntuhkan masjid.Oh, disini nampak sangat negatif dan bahaya.

Tetapi, walau bagaimana indah pun alam percintaan, ia bukanlah halal dan suci. Ya, ada mngatakan 'couple' itu halal, ada kata haram macam-macam pendapat tentang 'couple'. Tapi pada saya,bukan isu 'couple' itu yang mahu saya bincangkan, tapi isu berumah tangga itu sendiri. Ia halal. Halal dan suci. Mengapa perlu kita 'mengangkat' zaman percintaan lebih tinggi darjatnya dari perkahwinan? Kalau begitu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk tidak berkahwin.....Lupakah anda zaman bercinta juga ada onak dan durinya yang tersendiri?

Tujuan saya menulis, bukan untuk menegakkan yang perkahwinan itu akan bahagia, akan sempurna. Saya cuma ingin katakan yang ia halal dan jauh lebih baik dari perkara-perkara yang shubhah dan ghoror.

Permasalah saya pula, kadang-kadang saya tidak pasti saya mahukannya kerana telah benar-benar bersedia atau kerana melihat ia dimiliki oleh rakan-rakan seusia yang lain. Saya akui, iman saya tidak hebat. Benar (mungkin), ingin tegakkan agama. Jika saya kuat, sudah lama saya putuskan saja hubungan dengan bukan muhrim dan tunggu jodoh untuk saya. Tapi setelah menyulam cinta, saya rasa amat perlu untuk perkahwinan. Ya, cinta itu indah. Tapi salahkah saya mahu menghalalkannya? Moga niat di hati saya, tiada lain selain Allah swt.....

*Emosi saya amat celaru sekarang. Di tahun akhir pengajian, permasalahan akademik dan peribadi membuatkan saya perlu pada mereka yang sudi mendengar rintihan saya. Mungkin juga saya perlu sering ingatkan diri yang Allah masih ada untuk mendengar rintihan saya.

SIAPA atau APA?


Lama tidak menulis, tersa kekok. Saya sekarang sedang dalam tempoh latihan industri. 12 minggu. Kadang2 seminggu terasa seperti sebulan, kadang2 seminggu terasa seperti sehari.Sungguh, rahmatNya mampu memanipulasi masa.Akhir zaman barangkali.
Hidup, sering dihujani nasihat. Tidak cukup Al-Quran dan Al-Sunnah, di utuskan kita Nabi dan Rasul.Hadir pula para sahabat dan keluarga para ambia’ untuk kita ambil pengajaran, ambil iktibar. Kasihnya Dia pada kita, diberi pula ibu bapa. Supaya kita lebih terdidik. Ditakdirkan pula adik beradik dan keluarga, agar saling ingat mengingati. Sayangnya Dia pada kita, tersurat pula zuriat keturunan, supaya kita beringat2. Akan balasan dunia dan akhirat. Hidup kita penih kasih dan sayangNya.
Bila hadir pelbagai insan disekeliling, kita pasti pernah dinasihati dan menasihati,bukan?
Persoalan utama ketika berhadapan situasi begini biasanya SIAPA kemudian barulah APA.
Saya akui, saya bukan siapa2 untuk menasihati, apatah lagi bercakap soal metafizik dan spiritual kehidupan begini. Maka sebab itu saya cuba berhati2 dalam melontarkan buah fikiran di sini dan ingin merahsiakan siapa saya pada umum yang membaca. Oh, kawan2 yang tahu,saya amat berharap, siapa saya bukanlah ‘indicator’ pertama untuk menguji apa yang pernah,sedang mahupun akan saya kongsikan di sini.
Tiada manusia sempurna. Tapi ada nasihat berguna.
Apa yang saya lalui, buat saya sedar.Ramai mementingkan Siapa pemberi nasihat.Menguji betapa suci kehidupan mereka bagi melayakkan mereka memperkatakan buah fikiran’waras’ / rasional. Tidak,tidak. Bukan saya menulis begini bagi memberi syarahan ‘defensive’ segala. Saya hanya merintih dalam lautan persoalan hati. Dan hari ini adalah isu SIAPA atau APA.
Kepada mereka yang membaca, terutama saya yang yang menulis kemudian membaca sebelum meng’klik’ butang ‘publish’, jangan pernah bertimbangkan SIAPA yang menasihati sebelum menilai APA yang dinasihati. Kita semua sama. Bukan siapa-siapa. Jangan tunggu si sempurna menasihati.Kerana tujuan hidup, cuba sempurna bukan cari sempurna. Sempurna hanya sifat Dia. Kita hayati dan ikuti. Sama seperi sifat2 lain – Maha Sabar, Maha Penyayang, Maha Adil.
Wallahualam….

my heartbeat :)