BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dia kata....

If there's a book you really want to read but it hasn't been written yet, then you must write it. ~Toni Morrison

tapi saya kata...

If there's a blog I really want to read but it hasn't been written yet, then I must write it. ~Nur, Transisi Hati

Wednesday, October 13, 2010

Meminang si Teruna

Macam biasa, sebelum tidur memang saya akan mencari bahan bacaan bergantung pada aktiviti keesokan harinya. Kalau dah esok test/quiz mestilah lecture notes yang menjadi mangsa walaupun selama ini hanya terperuk di bawah meja study tanda saya seorang yang amat amat malas nak mentelaah. Please, jangan tiru aksi baik ini.
Memandangkan esok khamis (hari entry ini ditulis tapi masih keliru bila nak publish) dan ertinya tiada kuliah esok tetapi ada meeting assignment seperti khamis-khamis terdahulu yang saya lalui, saya pun kembali membaca buku ala-ala motivasi+dakwah sikit+logik banyak+huraian elemen agama yang owesome! Sebenarnya, buku itu perlu dihantar pada 4 Oktober, itupun dah renew pinjaman, tapi masih sayaaaaaang nak hantar.Maka saya baca berulang-ulang kali sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi;
"To read a book for the first time is to make an acquaintance with a new friend; to read it for a second time is to meet an old one."

Maaf lah tak translate sebab saya yakin, baca ni semua faham bahasa mudah macam ni, kan, kan?
Tapi berkenaan kenapa susah sangat nak pulang buku, bukan lah saya tak nak pulang ataupun tak takut mati lalu tak sempat memulangkan buku pinjaman tersebut ataupun sahaja nak menyusahkan waris-waris yang saya tinggalkan di dunia supaya saya mereka bersusah-susah di dunia dan akhirnya bersenang-senang di akhirat walaupun saya sendiri tak pasti saya senang ke tidak di sana....bukan, bukan....Tapi saya selalu je terkenang-kenang kata-kata pak arab ni;
He who lends a book is an idiot.  He who returns the book is more of an idiot.
Tak mau lah jadi idiot! :P

Ok, berbalik kepada tajuk saya tadi, sedang saya khusyuk mengkhatamkan buku tersebut buat ke berapa kali entah sedangkan al-Quran pun saya tak kerap khatam macam bace buku genre begini, saya tiba-tiba terjumpa satu bahagian best dan penting untuk dara-dara di luar sana, yeah! Ikuti direct C&P dari buku tersebut meskipun saya berjanji akan letak citation dan menaip sendiri ayat-ayat dibawah kerana buku tersebut bukanlah buku maya tapi buku library yang dah agak uzur maka saya tak berniat nak mengguntingnya dan tampal pada screen laptop saya. :)

p/s : ini berbualan antara penulis dan isterinya. panjang, 4 muka surat, tapi saya ambil bahagian-bahagian tertentu yang saya rase menarik (kalau korang tak rase ape-ape, jgn la marah k). harap penulis ni halalkan dunia akhirat. korang kalau nak baca penuh, beli la buku ni ye. (erk, sempat promote!)

"Banyak lagi perkara malah wajib dimalukan tetapi wanita kita dah tak malu lagi. Sepatutnya wanita kita malu berpeleseran, malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan aksi tak bermoral tu.... Malukah Siti Khadijah ketika melamar Rasulullah saw?
"Betul kata abang, susahnya sebab luar biasa...."
"Perkara yang biasa asalnya pun luar biasa juga. Kena dilakukan dengan niat membaiki keadaan. Yang timba cari perigi boleh diteruskan, yang perigi cari timba kena mulakan!"
"Apa halangannya?"
"Halangan ilmu. Halangan budaya. Halangan dalam - syaitan dan hawa nafsu."
"Jadi kita perlu sampaikan ilmu. Kemudian berani merentas hawa budayalah ya?"
"Bermula denagn melawan syaitan dan hawa nafsu. Syaitan ingin menyempitkan jalan kebaikan dengan mneluaskan jalan kejahatan. Nafsu pula menghasut kepada yang buruk dengan menserabutkan yang baik."
"Tapi tidak ke lelaki rasa hebat sangat, perempuan yang melamar dia? Macam low class sangat perempuan ni. Macam takut sangat jadi andalusia..."
"Tinggi atau rendah martabat diukur pada nilaian Allah, bukan rasa-rasa kita. Tidak hina mengikut syariat-Nya. Bila meminang lelaki itu diharuskan, maka itu pastinya tidak akan merendahkan martabat wanita. Dan kita kene yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki adalah keran melanggar syariat."
"Jadi nantinya lelakilah yang letakkan hantaran, belanja hangusnya?"
"Itu tidak termasuk dalam prinsip Islam. Yang wajib hanya maskawin. Itu tetap dari lelaki untuk wanita. Yang wajib akad nikah... Walimah, kenduri-kendara itu sunat sahaja. Jadi pandai-pandailah berunding, bila lelaki dan terima lamaran wanita."

Mungkin kamu rasa, sebab saya yang menulis ni wanita, mentelah lagi pelajar, makanya apa yang saya fikir ini amat mentah dan sangat lah tidak logik untuk dilaksanakan. Sejujurnya dari hati saya, saya tidak kisah jika mahu mempraktikkan cara tersebut asalkan ada yang sudi. Jika perlu, sekarang pun boleh. Tapi malangnya, jika adapun yang sudi, mesti keluarga pihak lelaki pula terasa janggal. Jika tidak pun, saudara mara pihak perempuan atau lelaki pula yang memberi komentar panjang, sampai mungkin disebut-sebut hingga anak cucu. Oh, tak baik saya memberi tanggapan negatif, perlu 'Husnul Zaan'.... tapi, itulah realiti.

Apapun, saya serahkan semuanya pada qada' dan qadar yang Maha Kuasa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Walaupun, kadang-kala saya kecewa dengan mentaliti persekitaran yang kada kala mengikat lalu membuatkan remaja seperti saya terjerat dengan hasutan syaitan akibat goyahnya iman, tapi kesalahan tetap dilemparkan pada yang 'tersalah' bukan siapa yang dahulunya bersalah meletakkan hukum Allah pada akal logik sendiri dan adat yang disepakati.
Wallhualam....







"Qada' laksana lautan yang dalam,
maka jangan menyelaminya.
Dan jalan yang gelap,
maka jangan kau tempuhinya.
Rahsia Allah swt terlalu samar buatmu.
Maka jangan kau cuba-cuba menguaknya."
-Saidina Ali RA-





sumber :  
1. Pahrol Mohd Juoi, Tentang cinta: Jika tepat masa, ketika, keadaan, siapa, cinta adalh kuasa luar biasa yang tiada bandinganya, 2006:106-109
2. The Quote Garden, http://www.quotegarden.com/books.html 

Thursday, October 7, 2010

Kita hanyalah hamba.

" Dirikan lah amalan bukan untuk mendapatkan fadhilat,
tetapi sebagai tanda syukur kita kepada Allah swt
di atas nikmat-nikmatNya yang terlalu banyak,
kerana fadhilat itu ialah untuk diri kita sendiri
tetapi rasa syukur itu ialah untuk Allah swt semata-mata.
Moga-moga dengan itu,
kita benar-benar dapat merasakan diri kita ini hamba.
Sesungguhnya keredhaan Allah swt itu ialah
untuk hamba-hambaNya,
bukan sekadar makhluk ciptaanNya"



sumber : sebuah buku yang tak pasti judul mahupun penerbitnya.maaf :(


Alhamdulillah,
semua yang ada kini adalah milik Allah. Hatta diri kita sendiri juga milik Allah seperti firmaNya,


Tetapi adakah kita sedar semua ini adalah nikmatNya khas untuk kita? Kadang-kala kita lalai. Saya akui, saya hanya manusia biasa, belum pun menginjak usia 21 tahun, masih mentah. Kerana goyahnya iman, sesekali saya lupa bersyukur. Tidak sedar bahawa setiap nafas yang saya hela itu berpaksikan atas nikmat-nikmat kurnia Allah swt. Banyak nikmat Allah ini.... Tubuh badan yang sihat, akal yang waras dan deria-deria (penglihatan, pendengaran, rasa dan lain-lain) semua adalah antara nikmat yang dikurniakan Allah tanpa mengira latar belakang. Bayangkan, jika hanya satu dari semua nikmat ini ditarik Allah...... Nauzubillah.

Sesungguhnya, janji Allah itu benar.
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan kepada kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihi."
(An-Nahl :18)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak
dustakan(wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahman :13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,48,51,
53,
55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian Yang tidak akan habis-habis"
(Shad:54)



Bersyukurlah, hanya untuk nikmat-nikmat yang telah pun Dia kurniakan.
Betapa besarnya nikmat ini, hanya diketahui jika kita kehilangannya.


Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Wednesday, October 6, 2010

Muqaddimah

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Setelah berbulan-bulan lamanya saya memikirkan untuk mewujudkan blog ini, akhirnya, dengan izin Allah swt, Tuhan sekalian alam dan dengan bantuan rahmatnya yang tidak terhitung, saya berjaya menghasilkan blog ini.

Transisi Hati - nama ini hanya spontan direka memandangkan nama-nama yang selama ini dicadangkan telah diguna pakai oleh pemilik blog lain. Transisi secara mudah boleh diterjemahkan sebagai peralihan dari suatu keadaan. Maka lahirlah Transisi Hati yang insyaAllah akan memaparkan secara langsung paradigma yang mungkin boleh mengubah hati para pembaca dengan izin Nya.

Di sini, saya akan berkongsi pelbagai perkara tentang hidup sebagai hamba Nya. Mengabungkan akal logik dan agama yakni Islam,diharap segala catatan saya akan dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga pembaca sekalian jika perlu.

Diharap, segala apa yang bakal, sedang mahupun telah dikongsi tidak akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak kerana saya sekadar menasihati diri sendiri dalam mencari keredhaan Allah swt sebagai seorang hamba Nya yang tercari-cari entiti diri sebagai cerminan hati.

Wallahualam.





sumber gambar : google, http://s492.photobucket.com/albums/rr284/mafiano4041/?action=view&current=Al_Jalalah_hati.gif&newest=1

my heartbeat :)