Bila terlihat sesuatu dari zaman kecilku,
Ku sedar masa terlalu cepat berlalu.
Aku isi kesibukkan dengan kekosongan,
Tapi mereka isi kekosongan dengan kesibukkan.
Bezanya kita,
Jarak dan masa,
Juga usia dan rupa.
Umurku semakin pendek.
Tapi bekalan ku semakin sedikit.
Ku rasakan amalanku semakin cetek,
Terhapus kebaikan kerana maksiat.
Sampai bila ku harus begini?
Hanyut dalam cahaya dari sumbernya api.
Nikmatkah apa yang aku kecapi?
Sedang habuannya neraka berduri.
Kini, ku masih tertanya,
sampai bila.....?
Sunday, October 16, 2011
Hingar dalam hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment